Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Lands Tahai Q menerima Anugerah International Alliance of Innnovation and Invention Association di Malaysia Technology Expo (MTE) ke-23 2024. Foto Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak

Projek inovasi JTS Sarawak rangkul 7 anugerah di MTE

BySharifah Anira

KUCHING, 24 Feb: Projek inovasi hasil binaan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak berjaya merangkul tujuh anugerah termasuk empat anugerah emas dalam pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) ke-23 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.

Projek inovasi iaitu Monitoring System for Survey of Land Acquisition (MOSSLA) dan Flextervation masing-masing menerima anugerah pencapaian tertinggi dalam kategori International Innovation Awards (IIA) dan Public Service Innovation Asia (PSIA).

Menurut kenyataan media JTS Sarawak, pertandingan ini merupakan penyertaan kali pertama JTS dinilai pada kriteria yang berbeza di peringkat antarabangsa dalam kategori IIA.

“Bagi kategori PSIA pula, projek inovasi MOSSLA yang dibangunkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Lands Tahai Q dari JTS Limbang telah menerima Anugerah Khas Malaysia Technical University Network (MTUN) Technical and Vocational Education and Training (TVET).

“MOSSLA juga menerima Anugerah Khas dari International Alliance of Innovation & Invention Association manakala Projek Flextervation dianugerahkan Anugerah Khas dari Japanese Intellectual Property Associstion (JIPA),” kata kenyataan itu.

Anugerah bagi IIA disampaikan Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud manakala anugerah bagi kategori PSIA disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Dato’ Dr Aminuddin Hassim.

Penganjuran MTE ke-23 2024 yang berlangsung pada 22 hingga 24 Februari berjaya mengetengahkan sebanyak 368 inovasi dari pelbagai organisasi perkhidmatan awam, syarikat berasaskan inovasi dan teknologi, institusi pengajian tinggi, penyelidik dan para pelajar di peringkat sekolah.

MTE 2024 melibatkan penyertaan dari 12 buah negara antaranya Indonesia, Arab Saudi, China, Iran, Hongkong, Poland, Singapura, Yemen dan Thailand serta Taiwan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan