Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Ketek, Nur Suhardy Yakop merakam gambar kenangan bersama rider Ketek di Majlis Pelancaran Ketek Apps di Kuching hari ini. Foto TVS

Operasi tempahan dan penghantaran melalui Aplikasi Ketek bermula hari ini

KUCHING, 24 Feb: Operasi tempahan dan penghantaran makanan mahupun barangan melalui Aplikasi Ketek di seluruh Sarawak dilancarkan bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ketek, Nur Suhardy Yakop berkata, aplikasi itu diwujudkan bagi melonjakkan ekonomi digital di Sarawak melalui urusniaga tempahan dan penghantaran secara dalam talian yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Jelasnya, aplikasi itu akan turut membantu meningkatkan aktiviti perniagaan usahawan mahupun peniaga selain menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Ketek, Nur Suhardy Yakop semasa berucap pada Majlis Pelancaran Ketek Apps di Kuching hari ini. Foto TVS

“Ketek merupakan satu aplikasi untuk tempahan dan penghantaran yang dicipta bagi melonjakkan ekonomi digital Sarawak.

“Ia turut membantu usahawan-usahawan dan peniaga menambah pendapatan serta memberi peluang pekerjaan kepada seluruh anak Sarawak dalam servis penghantaran,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Ketek Apps di Kuching hari ini.

Tambahnya, jaringan aplikasi itu bakal dikembangkan ke seluruh Borneo melibatkan negeri Sabah, negara jiran Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia.

Ujarnya, Ketek akan turut berkolaborasi dengan aplikasi penghantaran asal Indonesia iaitu Ketik bagi melakukan servis penghantaran antara sempadan Sarawak-Indonesia.

“Ketek menjadi aplikasi tempahan dan penghantaran makanan mahupun barangan yang pertama di dunia menawarkan pilihan bahasa Iban, ia bagi menghormati majoriti populasi masyarakat di Sarawak yang menggunakan bahasa Iban selain membantu memudahkan mereka membuat tempahan dengan bahasa yang lebih mudah difahami,” katanya.

Tambahnya masyarakat turut boleh melakukan sebarang tempahan melalui laman sesawang Ketek selain daripada menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.

“Ketek adalah aplikasi pertama di dunia yang ada pilihan bahasa Iban kepada pengguna. Selain itu masyarakat boleh membuat tempahan melalui laman sesawang maksudnya Ketek bukan hanya melalui telefon pintar tetapi melalui website juga boleh buat tempahan,” katanya.

Dalam pada itu, Suhardy turut menyeru agar orang ramai dapat memberi sokongan yang berterusan kepada Ketek agar ia dapat menjadi platform pilihan nombor satu warga Sarawak dalam mendapatkan servis penghantaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan