Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh sempat berkongsi nasihat kepada kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Perdana di Kampung Seberang Sarikei. Foto TVS

MMT tawar khidmat percuma di DUN Kuala Rajang

SIBU, 24 Feb: Pasukan Kesihatan Bergerak (MMT) yang ditubuhkan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang merupakan inisiatif penting dalam menyediakan perkhidmatan yang diperlukan secara percuma kepada komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, perkhidmatan yang disediakan termasuklah rawatan ringan sebelum seseorang pesakit dirujuk ke klinik atau hospital.

Khidmat pasukan itu katanya, juga diperlukan bagi menjayakan program khidmat masyarakat seperti khatan pertama yang disertai lebih 200 kanak-kanak di kawasan Kuala Rajang baru-baru ini.

“Perkhidmatan yang disediakan ialah rawatan ringan sebelum mereka (pesakit) di rujuk ke pusat rawatan yang berhampiran.

“Pasukan yang berkhidmat ini terdiri daripada anggota profesional dan berpengalaman yang sebelum ini pernah di Kementerian Kesihatan dan kebanyakannya adalah pesara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu beliau berkesempatan meninjau perjalanan program khatan perdana yang diadakan di Dewan Kampung Seberang.

Aktiviti yang disertai lebih 200 kanak-kanak di Sarikei dan Tanjung Manis itu merupakan sebahagian program khidmat masyarakat bagi meringankan beban ibu bapa khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan atas sumbangan besar anggota pasukan ini. Tanpa kerjasama dan sokongan mereka, tidak mungkin kita dapat menganjurkan program ini (khatan perdana) dengan jayanya.

“Saya juga mahu penganjuran program diteruskan kerana bukan sahaja menyempurnakan tuntutan agama malah, mendekatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan