JAKARTA, 23 Feb: Puting beliung melanda wilayah Sumedang dan Bandung pada petang Rabu menyebabkan 534 rumah dan 18 kilang rosak.
Laporan Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) memaklumkan impak yang dikemas kini setakat pagi ini, puting beliung itu turut menyebabkan 835 keluarga atau 1,359 orang terjejas manakala 33 orang turut dilaporkan cedera akibat kejadian itu.

Jurucakap BNPB berkata, puting beliung yang berlaku sangat besar sehingga menyebabkan kesan ketara di dua wilayah terbabit.
“Sehingga pagi ini, pasukan kami terus mengesan mangsa yang mungkin tertimbus dan menjangkakan kerosakan akibat puting beliung sebegitu besar berlaku buat kali pertama,” katanya.
@tvsarawak Bencana puting beliung melanda wilayah Sumedang dan Bandung petang Rabu menyebabkan sebanyak 534 rumah dan 18 kilang musnah. 📹 BNPB 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok
♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak
Beliau juga menyebut mangsa terjejas yang kehilangan tempat tinggal telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara.
Pihak berkuasa tempatan masih berusaha membersihkan serpihan bangunan dan pokok tumbang dengan bantuan anggota SAR, TNI dan Polis.
Selain membersihkan lokasi yang terjejas, pasukan itu juga menjalankan pengumpulan data dan menilai keperluan yang berkaitan dengan situasi semasa pasca bencana. – TVS