Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Kesihatan Sadong Jaya di Asajaya, hari ini. Foto TVS

PETRONAS sumbang peralatan klinik kesihatan luar bandar

ASAJAYA, 23 Feb: PETRONAS akan melengkapkan 26 klinik kesihatan desa di Sarawak dengan peralatan kesihatan asas bernilai kira-kira RM13 juta.

Program di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini adalah kerjasama PETRONAS dengan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, peralatan perubatan asas bernilai RM52,300 telah diserahkan kepada Klinik Kesihatan Sadong Jaya bagi meningkatkan perkhidmatan perubatan serta memberi kemudahan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses.

Katanya, penyediaan peralatan perubatan asas ini bertujuan menaik taraf kualiti perkhidmatan kesihatan di luar bandar dan meringankan beban kewangan pesakit.

“Terima kasih kepada PETRONAS kerana perkongsian yang amat bermakna. Ini akan menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan luar bandar,” katanya berucap semasa Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Kesihatan Sadong Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Klinik Kesihatan Nanga Mujau di Spak, Betong merupakan klinik desa pertama menerima peralatan perubatan asas daripada PETRONAS.

Antara peralatan perubatan termasuk mesin nebulizer, termometer digital bacaan berkembar lengkap dengan sijil penentukuran dan saluran pernafasan topeng laring. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan