Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina Sidek dan Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sarawak di Kuching, semalam.

Pengarah Pendidikan Sarawak diberi kuasa lulus projek selenggara sekolah

KUCHING, 23 Feb: Pengarah Pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai kerajaan negeri Sarawak atau mana-mana pihak lain selain Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sarawak di sini, semalam.

Mesyuarat dipengerusikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

“JTBPP diwujudkan khusus untuk mengatasi isu-isu pendidikan di Sarawak, selaras dengan saranan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Perjanjian Malaysia (MA63) Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Negeri Sarawak dan Sabah.

“Beberapa agenda penting telah dibincangkan dalam mesyuarat JTBPP kali pertama ini termasuk penambahbaikan sumber manusia, operasi pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan