Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli pasukan Scorpius menyaksikan siaran langsung ketika Kapal Angkasa Odysseus mendarat di bulan dari Scorpius Space Launch Company di Torrance, California. Foto AFP

Odysseus kapal angkasa persendirian pertama mendarat di bulan 

ByBernama

LONDON, 23 Feb: Sebuah pendarat bulan milik syarikat penerbangan angkasa Amerika Syarikat (AS) menjadi kapal angkasa persendirian pertama mendarat di bulan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pendarat Nova-C Odysseus milik syarikat Intuitive Machines mendarat di kawasan kutub selatan bulan pada 11.23 malam (2323 GMT), Khamis.

Detik itu juga menandakan kali pertama pesawat angkasa AS mendarat di bulan sejak misi terakhir program Apollo – Apollo 17 – lebih 50 tahun lalu.

Berita itu disahkan oleh ketua eksekutif Intuitive Machines Steve Altemus, yang berkata: “Saya tahu ini adalah situasi yang menegangkan tetapi kami berada di permukaan dan kami sedang menghantar.

“Selamat datang ke Bulan.”

@tvsarawak

Sebuah pendarat bulan milik syarikat penerbangan angkasa Amerika Syarikat (AS) menjadi kapal angkasa persendirian pertama mendarat di bulan 📹 AFP 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Sementara itu, di Washington, pegawai NASA berkata Odysseus menghantar semula isyarat lemah ke Bumi selepas beberapa minit, lapor Sputnik.

“Buat kali pertama dalam lebih setengah abad, Amerika Syarikat telah kembali ke Bulan,” kata Pentadbir NASA Bill Nelson.

“Odysseus telah menemukan rumah baharunya,” kata pengarah misi Tim Crane.

Pengawal penerbangan Intuitive Machines berkata isyarat daripada Odysseus hilang selama kira-kira tujuh minit selepas pendaratan dan walaupun isyarat itu kemudiannya diperoleh semula, ia kekal sangat lemah.

Selain itu, status kapal angkasa dan misi robotik yang dibawanya mungkin tidak dapat disahkan selama beberapa jam.

Intuitive Machines, syarikat yang berpangkalan di Texas yang membangunkan pendarat di bawah kontrak dengan NASA, pada Khamis berkata Odysseus telah mula menghantar data selepas menyelesaikan masalah komunikasi.

Menerusi hantaran di X, Intuitive Machines berkata kakitangan syarikat itu kini berusaha untuk menghantar imej pertama dari permukaan bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan