Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada enam pertuduhan gagal memberikan penjelasan mengenai wang hampir RM2 juta di dalam akaun bank miliknya, dua tahun lepas. Foto hiasan, Envato.

Kerajaan tidak pandang ringan isu penurunan ringgit

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Kerajaan MADANI tidak memandang ringan isu penurunan ringgit, malah mengambil langkah berterusan bagi menanganinya dan seiring usaha memastikan angka pelaburan Malaysia kekal kukuh.

Ketika menegaskan pendirian itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah dipertanggungjawabkan untuk memantau ringgit secara rapi manakala di pihak kerajaan, semua kementerian dan pihak berwajib, termasuk majlis pelaburan turut mengadakan mesyuarat harian bagi memberi tumpuan menangani isu berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Tun Razak Exchange sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia di sini, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri juga meminta semua pihak agar tidak membandingkan perkembangan semasa dengan keadaan pada 1998 yang tidak hanya menyaksikan penyusutan nilai ringgit, tetapi turut terjejas dari segi pelaburan dan inflasi.

“(Ya), penurunan ringgit itu membimbangkan. Kita melihat ke hadapan, namun berdasarkan angka pelaburan yang mana Malaysia mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah; inflasi terus menurun dan pertumbuhan adalah berdaya tahan berbanding negara-negara jiran.

“Sehubungan itu, bagi saya, kita perlu melihatnya dari perspektif secara menyeluruh dan keupayaan negara untuk mencatat pertumbuhan. Apa yang paling utama bagi saya adalah memastikan angka-angka pelaburan ini.

“Mereka sering membandingkan dengan keadaan pada 1998 tetapi (perlu diingat) pada tahun itu ringgit merosot, inflasi meningkat, pengangguran tinggi dan tiada pelaburan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan