Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja ventilasi untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kilang. Foto JPBM

Dua maut, dua cedera letupan gas di sebuah kilang di Puchong

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, hari ini.

Penolong Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.14 pagi tadi.

Beliau berkata bomba mengerahkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang serta BBP Cyberjaya.

“Setibanya di lokasi terdapat letupan melibatkan gas asetilena di sebuah kilang dan terdapat empat mangsa yang terlibat. Kerja-kerja ventilation sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau kesemua identiti mangsa sedang dikenal pasti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan