Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah dan pemimpin Wanita PBB menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Foto TVS

Allahyarham Tun Taib perkasa penglibatan wanita dalam politik

ByDouglas Elliot

KUCHING, Feb 22: Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan pemimpin yang sentiasa berusaha memperkasakan penglibatan wanita dalam bidang politik.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Ketua Menteri itu merupakan seorang tokoh, negarawan dan lagenda yang sukar dicari ganti.

“Kami (Wanita PBB) amat berterima kasih kepada Allahyarham dalam pemerkasaan wanita sebagai wakil rakyat.

“Beliau pernah memberitahu bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam memperkuatkan parti kerana mereka merupakan pempengaruh yang kuat,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB di sini, hari ini.

Mengimbau kenangan, Fatimah berkongsi cerita bagaimana Tun Taib sendiri yang membentuk kerjaya politik beliau.

“Saya dibawa masuk dalam bidang politik oleh beliau, seorang pengetua menjadi ahli PBB, kemudian wakil rakyat, menteri muda dan seterusnya menteri.

“Ramai lagi ahli wanita lain yang dibawa masuk semasa beliau menjadi Ketua Menteri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan