Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib turut meninggalkan kesan kepada rakyat Limbang kerana jasa dan sumbangannya di kawasan itu. Foto, Awang Azmil (TVS).

Tun Abdul Taib pemimpin yang rapat dengan rakyat Limbang

LIMBANG, 22 Feb: Pemimpin masyarakat Cina Limbang, Kapitan Ang Chiw Kiam berkongsi kesedihan di atas pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Chiw Kiam menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib sebagai seorang pemimpin serta sahabat baik kepada mendiang ayahnya, Temenggung Dato Ang Kheng Su.

Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

“Tun Abdul Taib ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak kerap berkunjung ke kediaman keluarga, ketika itu ayah saya masih hidup.

“Mereka berdua mempunyai hubungan yang sangat rapat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tun Abdul Taib yang meninggal dunia pada usia 88 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pagi semalam selamat disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Negeri, awal petang tadi.

Kerajaan Sarawak mengisytiharkan wilayah ini berkabung selama dua hari  bermula semalam.

Sementara itu, Chiw Kiam berkata, rakyat Limbang juga turut menerima tempias pembangunan di bawah kepimpinan Tun Abdul Taib.

“Ini termasuklah pembinaan Dewan Suarah dan Kolam Renang Limbang,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) Limbang Mamat Karim turut menzahirkan kesedihan.

Kata beliau, Tun Abdul Taib merupakan tokoh terawal yang mengerakkan penubuhan Pusat Perkhidmatan Warga Emas di Limbang.

Selaku Pengerusi PPWE Limbang, saya mewakili ahli merakam takziah kepada keluarga Allahyaraham.

“Kami berasa sedih,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan