MEXICO CITY, 22 Feb: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 11 lagi cedera dalam runtuhan sebuah lombong haram di negeri Bolivar, Venezuela, menurut Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada Rabu, lapor Sputnik.
Dalam penampilan televisyen di stesen penyiaran VTV, Maduro berkata Gabenor Bolivar, Angel Marcano turut serta dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa di lombong haram Bulla Loca.
“Pada masa ini, operasi menyelamat juga melibatkan dua helikopter yang membawa mangsa yang cedera,” katanya.
Runtuhan lombong terbuka berlaku sehari sebelumnya di bandar Angostura dan dirakam dalam video yang kini tular di media sosial.
Menurut rakaman itu, terdapat berpuluh-puluh orang di dalam lombong itu.
Datuk Bandar Angostura Yorgi Arciniega berkata sekurang-kurangnya 70 pelombong berada di bawah runtuhan, tetapi menurut Maduro, maklumat itu belum disahkan. – TVS