Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ditempatkan di autrium Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Penghormatan terakhir: Jenazah Allahyarham Tun Taib di atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 22 Feb: Jenazah Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kini di atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi orang ramai dan kenamaan memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan hari ini.

Jenazah mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu diusung masuk pada 7.50 pagi sejurus tiba dari kediamannya di Demak Jaya.

Isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib kelihatan sugul ketika mengiringi ketibaan jenazah di bangunan DUN Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin negeri yang memberi penghormatan terakhir.

Istiadat Penghormatan Negeri bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Terdapat dua saluran disediakan iaitu saluran A untuk wakil rakyat, orang kenamaan, ketua-ketua jabatan, anggota kabinet manakala saluran B disediakan untuk orang ramai.

Tun Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi semalam dan pengurusan jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pada sebelah petang, jenazah Allahyarham diterbangkan ke Kuching menggunakan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Semalam, jenazah dibawa ke rumah Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di tanah perkuburan di Demak Jaya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan