Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Photo TVS

Tun Taib penggerak utama pemantapan industri minyak dan gas di Malaysia – Abang Johari

ByMuqri Aziz

KUCHING, 21 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud seorang penggerak utama dalam memantapkan industri minyak dan gas di Malaysia.

Menurutnya, beliau juga antara pemimpin yang berjaya menubuhkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ketika menggalas jawatan Menteri Perusahaan Utama ketika tahun 1977 hingga 1978.

“Satu-satunya kementerian yang pernah dipegang oleh Allayarham Tun Taib ialah Ministry of Primary Industries di bawah pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak dan dalam kementerian itulah beliau juga telah menjadi seorang yang telah berjaya ke arah penubuhan Petronas.

“Beliau telah dapat memantapkan lagi industri minyak di mana waktu itu dipegang bukan oleh pihak luar. Ia telah dapat menguruskan industri ini di mana anak tempatan Malaysia dapat memegang jawatan dan memainkan peranan dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Sarawak Petchem dan Petronas Chemical Group (PCG) Berhad dalam Projek Ammonia di ibu negara pada Rabu.

Abang Johari meluahkan rasa kesedihannya atas pemergian Tun Taib Mahmud yang telah banyak berjasa kepada negara serta Sarawak.

“Beliau telah berkhidmat sejak penubuhan Malaysia sejak tahun 1963 sebagai seorang menteri dalam kerajaan pertama Sarawak dalam Malaysia dan selepas itu Allayarham telah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.

Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan