KUCHING, 21 Feb: Pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan kehilangan besar bagi Sarawak dan negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak itu telah mengabdikan sepanjang perjalanan hidupnya untuk membangun dan mensejahterakan Sarawak.
“Secara peribadi, kenangan yang tidak akan lupa adalah apabila Allahyarham merupakan insan yang pertama telah mengajar saya dalam menyertai bidang politik iaitu sebagai Ahli Parlimen sekitar tahun 2008,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Tun Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi ini. -TVS