Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasa Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam menyatu padukan penduduk berbilang kaum di Sarawak sangat besar. Foto fail Bernama.

Tun Taib bapa perpaduan kaum, jasanya dikecapi sehingga kini

ByYusuf Shukri

KUCHING, 21 Feb: Perpaduan antara pelbagai kaum dan agama di Sarawak hari ini sudah pasti tidak tercapai jika kepimpinan terdahulu tidak menitik beratkan perpaduan.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, inilah jasa besar mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Perpaduan kaum merupakan tugas dan cabaran ketika beliau pertama kali dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 1981.

“Perkara seperti ini tidak dapat diatur sekelip mata. Seorang pemimpin perlu pandai menyantuni rakyat di samping berpendirian tegas.

“Walaupun demikian, kepimpinan Tun Taib pada ketika itu tidak mendapat sokongan 100 peratus kerana pada masa itu, beliau bertembung pelbagai isu perkauman yang timbul daripada pelbagai pihak dan parti.

“Perpaduan yang kita nikmati hari ini adalah hasil titik peluh beliau dan saya secara peribadi amat terkesan dengan pemergian Tun,” katanya menerusi rakaman video.

Tambah beliau lagi, perpaduan yang dikecapi hari ini bukan sahaja berbentuk toleransi, tetapi juga hormat-menghormati tanpa mengira latar belakang masing-masing.

Beliau memberi contoh negara seperti Myanmar dan Israel yang tiada toleransi antara satu sama lain, konflik melanda dan sukar untuk diselesaikan secara damai.

“Walaupun kita menganuti pelbagai agama di sini (Sarawak) – Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya, kita harus mengakui tanpa usaha memupuk toleransi dalam kaum dahulunya, tiada kesatuan dapat dikecapi yang dapat dinikmati hari ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan