KUCHING, 21 Feb: Toh Puan Raghad Kurdi Taib meluahkan kesedihan atas pemergian suami tercinta yang juga mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi.
Menerusi hantaran di akaun Instagram milik peribadinya, beliau menulis: “Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermaknanya dia (Abdul Taib) kepada saya.”
“Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh di syurga. Al-Fatihah,” katanya.
Kerajaan Sarawak mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Kerajaan Sarawak dalam kenyataan rasmi memaklumkan bendera di seluruh Sarawak juga akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan. – TVS