SUBANG, 21 Feb: Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) Subang untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Kuching, Sarawak dengan pesawat C-130 H kira – kira jam 2 petang tadi.
Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib dimandi dan disolat di Masjid Negara oleh kira – kira 300 orang yang dipimpin Iman Besar, Ehsan Mohd. Hosni.
Tun Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak disahkan meninggalkan dunia kira – kira jam 4.40 pagi tadi ketika menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Brickfield.
Sementara itu pesawat yang membawa jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, jam 4 petang ini. – TVS