Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang. Foto TVS

Rubiah, Hasbi sifatkan Tun Abdul Taib pemimpin ulung

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan pemimpin ulung bukan sahaja di Sarawak malah seluruh negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, jasa terhadap pembangunan Sarawak tidak dapat disangkal.

“Allahyarham memainkan peranan besar, Sarawak daripada negeri yang jauh ketinggalan kini telah berubah.

“Kita (rakyat Sarawak) dapat menikmati hasil perjuangan Tun Abdul Taib dan pemimpin Sarawak yang lain,” katanya kepada TVS di Masjid Negara hari ini.

Tun Abdul Taib disahkan meninggal dunia pada pukul 4.40 pagi ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Brickfield.

Belasungkawa: Mengenang jasa Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Berita berkenaan disahkan oleh anak bongsu Allahyarham, Datuk Hanifah Hajar yang juga Timbalan Menteri Ekonomi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pemimpin Sarawak yang hebat pada hari ini lahir atas didikan Allahyarham.

Kata beliau, begitu juga dengan bumi Sarawak yang menerima sentuhan hebat Allahyarham sepanjang 33 tahun menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri.

“Dari Limbang ke Kuching saya boleh katakan menerima kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh Allahyarham,” katanya.

Belasungkawa: Mengenang jasa Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Sementara itu beberapa pegawai tertinggi kerajaan termasuk Ketua Polis Negara , Tan Sri Razarudin Husain turut tiba di Masjid Negara untuk memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah dibawa dari pusat perubatan swasta berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari Masjid Negara sambil diringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan