Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Foto TVS

Pemimpin tegas namun pemurah dan prihatin – Alexander Nanta

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 21 Feb: Tegas dalam memimpin namun seorang yang pemurah dan cukup prihatin, itu kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai Allahyarham mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia pagi tadi.

“Contohnya, saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada Tun (Abdul Taib), namun tahun terakhirnya sebagai Ketua Menteri, Allahyarham bertanyakan kepada saya jika ada perkara-perkara yang boleh dibantu di kawasan saya, Kapit.

“Perkara itu membuatkan saya tersentuh. Saya mengemukakan permohonan bagi sebidang tanah untuk dibangunkan lalu diluluskan oleh Allahyarham,” katanya pada Program Reaksi terbitan Bernama Radio hari ini.

Nanta yang juga pernah menjadi Setiausaha Politiknya selama tujuh tahun berkata, Allahyarham juga banyak mendidik wakil rakyat seperti beliau yang baharu berjinak-jinak dalam bidang tersebut.

Katanya, beliau pernah diajar Allahyarham untuk sentiasa bersyukur dan mengambil terus peluang yang ada sebaiknya untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan