Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Foto TVS

Pemergian Tun Abdul Taib satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara – TPM

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebagai kehilangan yang besar kepada Sarawak dan negara.

Dalam catatan di Facebook hari ini, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

“Sedih dan dukacita di atas perginya negarawan, Ayahanda Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak, awal pagi ini di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah juga negara. Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat Persekutuan sebelum kembali ke Sarawak. Ya Allah, Ya Tuhanku…ampunilah dia,” katanya.

Turut merakamkan ucapan takziah adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu kehilangan besar buat rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak kerana Allahyarham memainkan peranan yang cukup penting dalam mentadbir dan memacu kejayaan Sarawak sehingga kini.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Allahyarham. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan sentiasa istiqomah menyantuni masyarakat. Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan insan soleh serta beroleh jannah,” kata Ahmad Zahid.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini.

Pengurusan jenazah Allahyarham akan dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan