Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Foto TVS

Pemergian Tun Abdul Taib: Sarawak isytihar berkabung dua hari

KUCHING, 21 Feb: Kerajaan Sarawak mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Kerajaan Sarawak dalam kenyataan rasmi memaklumkan bendera di seluruh Sarawak juga akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan.

Belasungkawa: Mengenang jasa Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

“Masjid dan rumah ibadat adalah digalakkan untuk mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Tun Abdul Taib,” menurut kenyataan itu.

Jenazah Abdul Taib dijangka tiba dari Kuala Lumpur petang ini dan akan terus dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako, di sini.

“Jenazah akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula 8 pagi hingga 11.30 pagi.

“Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya,” menurut kenyataan itu.

Belasungkawa: Mengenang jasa Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan