KUCHING, 21 Feb: Pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diangkat sebagai Bapa Pembangunan Moden merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak.
Demikian berita sedih itu dikongsikan beberapa pemimpin Sarawak mengenai pemergian Allahyarham Abdul Taib Mahmud pada awal pagi tadi.
Deeply saddened to hear of the passing of a true statesman, TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD, Former Governor of Sarawak fondly known as “Bapa Pembangunan Moden”. His passing is a great loss to Sarawak & the nation. We thank you for your service & may you rest in peace Sir😪 pic.twitter.com/dlOx4LUQM5
— Mutang Tagal (@MutangTagal) February 21, 2024
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal menerusi hantarannya di X menyatakan kesedihan atas pemergian Allahyarham yang merupakan seorang negarawan yang disegani.
“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat Sarawak dan Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas khidmatnya dan semoga pemergiannya dicucuri rahmat,” ujarnya.
Tun Abdul Taib Mahmud remembered for his legacy of empowering women – Fatimah
Sementara itu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi hantarannya di Facebook menzahirkan ucapan salam takziah buat keluarga Allahyarham.
“Sepanjang masa berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak dan kemudian sebagai Yang di-Pertua Sarawak, hubungan yang akrab dengan pentadbiran Persekutuan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu telah membawa pembangunan berterusan.
“Sarawak telah kehilangan seorang tokoh politik dan pemimpin yang dihormati,” ujarnya.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menyifatkan Allahyarham Abdul Taib Mahmud sebagai seorang pemimpin ulung negara.
Tun Abdul Taib Mahmud remembered for his legacy of empowering women – Fatimah
“Allahyarham Abdul Taib Mahmud merupakan seorang pemimpin yang telah meletak asas kukuh perpaduan dalam kepelbagaian di Sarawak, pembangunan fizikal dan insaniah, dan memperkasakan wanita.
“Muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, tempatkanlah rohnya bersama-sama roh orang yang beriman serta berilah kesabaran kepada keluarganya,” katanya menerusi kenyataan ringkas mengenai pemergian Allahyarham Abdul Taib Mahmud.
Berita pemergian Allahyarham Abdul Taib Mahmud disahkan oleh Setiausaha Sulit kepada Dato Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim menerusi Facebooknya berkata, Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira 4.40 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. – TVS