Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekitar Majlis Penghormatan Terakhir Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara. Foto: Firdaus Ismail (TVS)

Majlis penghormatan terakhir Tun Abdul Taib di Masjid Negara

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Majlis penghormatan terakhir mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diadakan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Ini bagi memberi peluang kepada pembesar negara, pemimpin kerajaan, wakil kerajaan asing serta orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir.

Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia

Terdahulu, jenazah Tun Abdul Taib dibawa ke Masjid Negara dari sebuah pusat perubatan swasta untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah kemudian disolatkan di ruang utama Masjid Negara yang dipimpin oleh Iman Besar,Ehsan Mohd Hosni.

Kira – kira 300 orang termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai solat jenazah.

Usai solat, keranda Allahyaraham kemudian ditutup dengan Jalur Gemilang sebagai mengenang jasa serta sumbangan besar kepada negara dan Sarawak.

Sementara itu menunggu di Dewan Syarahan Utama ialah isteri Allahyarham, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hajar Hanifah Aman yang juga anak bongsu Tun Abdul Taib.

Selesai majlis penghormatan terakhir di sini, jenazah akan dibawa ke Pengkalan TUDM Subang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Tun Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia kira- kira pukul 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Brickfield ketika sedang menerima rawatan.

Difahamkan, Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak minggu lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan