Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi, hari ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Taib

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia hari ini.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

“Allahyarham seorang tokoh yang telah membawa impak cukup besar dan akan sentiasa dikenang, terutamanya oleh rakyat Bumi Kenyalang. Al-Fatihah,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Tun Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini dan pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Tun Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Negara pada 10.24 pagi, dan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Subang untuk dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.

Menerusi kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak, jenazah akan terus dibawa ke rumah Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako.

Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi  penghormatan terakhir mulai 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan