Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai seorang tokoh yang bijak menganalisis dan memahami falsafah kehidupan. Foto Awang Azmil (TVS)

Abang Johari sanjung pemikiran berlandaskan falsafah dimiliki Tun Taib

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 21 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai seorang tokoh yang bijak menganalisis dan memahami falsafah kehidupan.

Menurutnya, Tun Taib mempunyai sumbangan luar biasa dengan figura hebat negara itu mempunyai institusinya sendiri oleh kerana khidmat beliau yang begitu cemerlang sekali.

“Dari sudut sosial beliau adalah peminat filem P. Ramlee, semua filem seniman negara itu mempunyai falsafah tersendiri.

“Umpamanya filem Antara Dua Darjat, Allahyarham selalu bercerita dengan saya mengenai kesaksamaan, filem itu mengenai kita hendaklah memberi khidmat yang setaraf dengan manusia.

“Itulah salah satu kedalaman (pemikiran) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hingga boleh menganalisis falsafah hidup,” katanya semasa sidang media di Bilik Media, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, nama kawasan perindustrian Samalaju dan Samajaya yang merupakan cetusan beliau juga adalah berlandaskan falsafah.

“Samajaya idea beliau, nama itu bermaksud sama-sama berjaya.

“Samalaju pula falsafahnya ialah bersama-sama, momentum sama. Kita lihat nama pun ada falsafah di sebaliknya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut memberi penghargaan kepada Tun Taib yang memberi tunjuk ajar kepada dirinya dan sebahagian besar anggota kabinet dalam Kerajaan Sarawak semasa Allahyarham menjadi Ketua Menteri Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan