Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama para pelakon Filem 'Raya Emas The Movie Salako Sacret Treasure'. Foto TVS

Sarawak rekod kemasukan lebih 300,000 pelancong Januari tahun ini – Abdul Karim

KUCHING, 20 Feb: Sarawak merekodkan kemasukan seramai 352,983 pelancong bagi tempoh bulan pertama tahun ini yang menunjukkan peningkatan 10.63 peratus berbanding 319,064 pelancong bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemasukan jumlah terbabit merekodkan perolehan pelancongan bernilai RM907.37 juta berbanding RM809.37 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

“Jadi terdapat peningkatan pada tahun 2024 iaitu sebanyak 12.11 peratus dan ini adalah penanda aras yang baik.

“Di sini kita melihat kita sudah secara pelahan ke arah sasaran itu kerana tahun ini kita menetapkan sasaran empat juta pelancong. Saya berharap kita dapat mencapai sasaran tersebut sebelum Disember,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Filem ‘Raya Emas The Movie Salako Sacret Treasure’ di Muzium Kebudayaan Borneo di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, berdasarkan lonjakan tersebut, beliau optimis sasaran empat juta kemasukan pelancong ke negeri itu mampu dicapai pada tahun ini.

Keyakinanan tersebut katanya, disokong oleh pelbagai acara-acara besar yang bakal belangsung seperti ‘Rain Forest Music Festival’, ‘Spartan Race’, Festival Jazz, Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, Kejohanan Marathon Antarabangsa Kuching serta kejohanan Regatta Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan