Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol semasa Majlis Aspirasi Pemimpin Bersama KMKK Daerah Daro 2024 pada Isnin. Foto UKAS

Potensi tanam padi boleh tuai dua kali setahun di Pulau Bruit dikaji

DARO, 20 Feb: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Pulau Bruit diminta mengumpul data berkaitan aktiviti penanaman padi di seluruh kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata data ini akan dijadikan sebagai penanda aras bagi cadangan membangunkan Pulau Bruit sebagai kawasan tanaman padi yang dapat dituai dua kali setahun.

“Pulau Bruit mempunyai tanah yang sesuai untuk menanam padi jenis hibrid kerana tanahnya yang subur untuk aktiviti pertanian,” katanya berucap semasa Majlis Aspirasi Pemimpin Bersama KMKK Daerah Daro 2024 di sini pada Isnin.

Tambahnya, potensi kawasan berkenaan terbukti apabila para penduduknya menceburi kegiatan penanaman padi sejak puluhan tahun dahulu yang dituai setahun sekali.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata sesuatu projek pembangunan memerlukan proses yang melibatkan pelbagai agensi yang sudah tentu memakan masa.

Beliau menyeru agar pemimpin peringkat kampung memberi kerjasama erat dengan agensi pelaksana supaya pelaksanaan projek berjalan lancar.

Sarawak mempunyai Ordinan Integriti dan Ombudsman yang diluluskan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Disember tahun lepas, katanya.

“Saya menasihati supaya pemimpin peringkat kampung menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan amanah dan jujur,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata perjumpaan dengan semua KMKK Pulau Bruit itu adalah anjuran Pejabat Daerah Daro untuk menyampaikan surat pelantikan baru dan lanjutan kepada ketua kaum baru dan yang tamat tempoh perkhidmatan.

Dalam pertemuan tersebut, Abdullah sekali mengingatkan semua KMKK untuk sentiasa proaktif dan peka dengan permasalahan masyarakat di kampung masing-masing.

“Semua KMKK harus cepat bertindak membuat aduan atau mengemukakan permohonan untuk memastikan isu kemudahan awam penduduk kampung dapat diberi perhatian dan tindakan dengan segera,” katanya.

Abdullah turut memberi komitmen untuk berkongsi maklumat status berbagai bentuk projek kemudahan masyarakat yang akan atau sedang dilaksanakan di setiap kampung atau rumah panjang dalam lawatan kerja dari masa ke semasa atau melalui kumpulan WhatsApp KMKK.

“KMKK yang kurang upaya dari segi umur atau isu kesihatan tidak seharusnya mementing kedudukan diri sendiri atau berkecil hati jika mereka ditukar dengan ketua kaum yg baru melalui pilihan masyarakat kpg sendiri.

“Kerjasama dan kecekapan KMKK amat diperlukan oleh wakil rakyat serta agensi kerajaan supaya setiap isu masyarakat dapat diberi perhatian serta tindakan segera,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan