Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Pindaan Ordinan Buruh Sarawak kini sedang dalam proses penyelarasan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 Feb: Kementerian Sumber Manusia sedang menjalankan penyelarasan Pindaan Ordinan Buruh Sarawak dengan Pindaan Akta Kerja 1995 bagi memastikan hak pekerja di Sabah dan Sarawak seiring dengan pekerja di Semenanjung.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, kementeriannya telah berbincang dengan Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen, dan Pemantauan Projek), Dato Gerawat Gala mengenai perkara itu, sambil memberikan pandangan dan cadangan mereka.

“Saya yakin dengan kerjasama dan hubungan rapat antara Kementerian Sumber Manusia bersama dengan YB Gerawat, kita dapat mencapai persetujuan untuk melaksanakan pindaan pada Ordinan Buruh Sarawak dalam masa terdekat.

“Ini kerana terdapat beberapa pindaan yang telah dilaksanakan dalam Akta Kerja yang belum dimasukkan dalam Ordinan Buruh Sarawak, jadi kita ingin menyelaraskan perkara ini. Contohnya, waktu bekerja, gaji, dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesuma Madani Sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya telah mengumumkan bahawa usaha ini akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei ini.

Untuk rekod, Pindaan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak telah dimuktamadkan sebelum dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan dan kelulusan.

Gerawat menjelaskan bahawa pindaan tersebut akan memberi manfaat kepada pekerja di Sarawak yang sebelum ini hanya dilindungi di Semenanjung Malaysia.

Beliau menambah bahawa pindaan ini juga akan memastikan Ordinan Buruh Sarawak selaras dengan Konvensyen Buruh Antarabangsa (ILO). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan