Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Bukit Gambir hari ini. Foto PDRM

Penghantar makanan maut, motosikal ditunggang terbabas sendiri

GEORGE TOWN, 20 Feb: Seorang penunggang p-hailing yang dipercayai sedang menghantar pesanan pelanggan terkorban selepas motosikal ditunggang terbabas sendiri di Jalan Bukit Gambir di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang penghantar makanan itu dipercayai hilang kawalan.

“Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Bukit Jambul menuju Jalan Yeap Chor Ee sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan berlaku di jalan lurus dua hala yang mempunyai tiga lorong (sehala) dalam keadaan cuaca baik dan jalan kering,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini bagi urusan bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan