Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Steven Sim Chee Keong pada majlis menandatangani MoU antara Jabatan Tenaga Manusia dan PETRONAS. Foto JaPen

MoU Jabatan Tenaga Manusia dan PETRONAS perkasakan tenaga kerja industri minyak dan gas

BySalasiah Safian

KUCHING, 20 Feb: Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Kenyataan media pada majlis itu memaklumkan MoU tersebut menandakan kerjasama bagi program bantuan teknikal dan latihan vokasional PETRONAS di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikenali sebagai Program Vocational Institution Sponsorship and Training Assistance (VISTA) PETRONAS.

“PETRONAS dan JTM menyedari akan kepentingan dan faedah dalam usaha sama untuk menyediakan peluang latihan teknikal dalam pelbagai bidang khusus bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong pada Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia Peringkat Sarawak di sini.

Program VISTA PETRONAS ini melibatkan pemberian bantuan sumbangan peralatan, bahan guna habis, penyelenggaraan dan/atau peningkatan kemahiran pelajar di ILJTM yang terpilih untuk tempoh tiga tahun bermula 2024.

Ia melibatkan kursus-kursus seperti Kursus Pemasangan Paip Gas (ILP Miri), Kursus Penjaga Jentera Elektrik Kategiri A0 (ILP Sandakan), Kursus Kimpalan 6G (ILP Pasir Gudang), dan Kursus Diploma Pemasangan Paip Minyak dan Gas. – TVS

Tags: jtm, mou, petronas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan