Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Walaupun teknologi ini memudahkan kerja wartawan dengan memberikan akses lebih mudah kepada maklumat dan idea, beliau memberi amaran bahawa ia juga membenarkan sesiapa sahaja memainkan peranan sebagai wartawan, menimbulkan kebimbangan terhadap ketepatan dan etika kandungan yang dikongsikan. Foto hiasan Envato

Kod etika wartawan Malaysia angkat martabat agensi media sebagai sumber berita diyakini

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Feb: Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini adalah sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas, sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat diyakini oleh rakyat.

Kod Etika Wartawan Malaysia yang merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu menggarap lapan etika utama, dan dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.

Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka, dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia berkata kod berkenaan turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) JaPen.

KPM merupakan dokumen pengenalan diri pengamal media daripada agensi media yang diperakukan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan liputan acara rasmi.

Etika Kewartawanan Malaysia yang diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada 1989 menjadi rujukan utama JaPen bagi pengurusan KPM JaPen sebelum ini.

“Seiring dengan evolusi industri media, kod etika itu dikemas kini dan menjadi panduan oleh semua pemegang KPM JaPen dalam melaksanakan tugas demi mendukung pembentukan masyarakat yang berinformasi,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis peramian kod etika wartawan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan