Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rombongan Finas yang diwakili Datuk Azmir Saifuddin Mutalib melakukan kunjungan hormat ke Sarawak Media Group (SMG) hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

FINAS dan TVS intai kerjasama martabat industri kreatif Borneo

ByRegina Lee

KUCHING, 20 Feb: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal menjalinkan kerjasama dengan TV Sarawak (TVS) untuk membangunkan industri kreatif di Borneo khususnya Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, ia merupakan salah satu persediaan awal menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Sarawak menjadi salah satu destinasi pelancongan yang boleh dipromosikan melalui konten kreatif.

“Kita nampak kandungan Borneo mempunyai satu keunikan, di mana kita boleh menjual jenama Borneo ini bersama kandungan-kandungan daripada Sarawak kepada penonton ataupun di pasaran.

“Selain itu, Sarawak merupakan salah satu destinasi yang boleh kita promosikan tempat pelancongan melalui kandungan filem dan televisyen,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke Sarawak Media Group (SMG) hari ini.

Mengulas lanjut Azmir berkata, TVS sebagai stesen penyiar negeri sudah mempunyai akses pasaran dalam mengenal pasti permintaan penonton yang dapat memberi input untuk menghasilkan konten seperti filem dan drama yang berkualiti untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

“Sebagai stesen penyiar, TVS ada melalui program-program pitching untuk mengenal pasti kemahuan ataupun permintaan penonton, jadi dari sini FINAS boleh dapatkan input untuk bekerjasama membangunkan industri kreatif di Sarawak dan Borneo.

“Ia boleh menjadi sebuah platform untuk menghasilkan kandungan filem yang lebih berkualiti dan dengan adanya hasil kualiti kelak, kita boleh pasarkan kandungan-kandungan tersebut di rantau ASEAN dan global,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang mengalu-alukan kerjasama erat daripada FINAS yang dilihat dapat membantu membangunkan industri kreatif di Sarawak.

“TVS memerlukan nasihat dan tunjuk ajar daripada FINAS yang sudah mempunyai berpuluh-puluh tahun pengalaman dalam bidang industri seni dan kreatif.

“Finas juga merupakan sebahagian daripada jawatankuasa kami dalam penilaian untuk program pitching, jadi kami akan meneruskan hubungan kerja bersama mereka demi masa depan industri kreatif di Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan