Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden ABAS, Robert Lu Nam Min ketika sidang media kejohanan boling kebangsaan Sarawak Hornbill Team Cup 2024 di Pusat Akuatik Pandelela hari ini. Foto TVS

36 pasukan bakal berentap kejohanan boling Sarawak Hornbill Team Cup 2024

KUCHING, 20 Feb: Sebanyak 36 pasukan termasuk satu pasukan dari Jakarta, Indonesia bakal berentap dalam kejohanan boling kebangsaan Sarawak Hornbill Team Cup 2024 pada 4 hingga 9 Mac 2024 di Megalanes Sarawak, E-Mart Batu Kawa.

Naib Presiden ABAS Robert Lu Nam Min berkata, penganjuran kejohanan itu menjadi platform terbaik serta peluang bagi atlet-atlet boling melakukan persediaan untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, selain menjadi gelanggang latihan untuk persiapan temasya berkenaan.

“Tahun ini kita menerima banyak penyertaan dari seluruh Malaysia termasuk Selangor, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan sebagainya.

“Lebih menarik tahun ini, kebanyakan negeri-negeri di seluruh Malaysia bertindak untuk menghantar atlet SUKMA bagi merasai sendiri suasana dan gelanggang untuk persiapan SUKMA yang akan diadakan pada Ogos,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sarawak Hornbill Team Cup 2023 di Pusat Akuatik Pandelela di sini, hari ini.

Selain memberi kesan kepada industri sukan boling Sarawak, kejohanan itu katanya, dapat menberi impak kepada industri pelancongan negeri Bumi Kenyalang.

“Sebagai persatuan sukan yang bertanggungjawab dalam memenuhi kerangka tanggungjawab sosial, kami akan terus menganjurkan pelbagai jenis acara kejohanan bagi menyokong pelancongan domestik.

“Selain acara kejohanan di peringkat antarabangsa, terdapat acara-acara kecil yang akan kami teruskan sehingga Disember tahun ini,” ujarnya.

Kejohanan anjuran Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) itu bakal mempertandingkan sembilan acara.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM70,000 di mana johan keseluruhan bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta piala dan medal, tempat kedua bakal merangkul RM7,000 beserta medal dan tempat ketiga sebanyak RM5,000 beserta medal.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan