Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain tenis Itali, Jannik Sinner. Foto AFP

Tenis: Jannik Sinner juara terbuka ABN Amro

ByBernama

THE HAGUE, 19 Feb: Pemain tenis Itali, Jannik Sinner memulakan tahun 2024 dengan sempurna apabila memenangi edisi ke-51 kejohanan ATP Terbuka ABN Amro di Rotterdam pada Ahad, menewaskan pemain Australia Alex De Minaur 7-5, 6-4 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan, lapor Xinhua.

Selepas memenangi Terbuka Australia, kemenangan Grand Slam pertamanya pada Januari, Sinner, 22, datang ke Rotterdam dengan penuh keyakinan dan menjadi pilihan utama untuk memenangi kejohanan itu.

Dalam aksi separuh akhir pada Sabtu, beliau mengalahkan pemain kegemaran tempatan, Tallon Griekspoor dengan selesa 6-2, 6-4.

Pada aksi final, De Minaur yang menduduki tempat ke-11 dalam ranking dunia ATP, menampilkan aksi cemerlang dengan pada satu ketika berjaya mengikat kedudukan 5-5 pada set pertama.

Bagaimanapun aksi konsisten Sinner berjaya mematahkan percubaan pemain Australia itu sehingga set berikutnya.

Ini merupakan kemenangan ke-15 berturut-turut bagi Sinner, membolehkan kedudukan pemain itu melonjak satu anak tangga ke ranking ketiga dunia pada Isnin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan