Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan di parasĀ 4.7750/7805 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas. Foto hiasan, Envanto.

Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun negara maju itu mencatat inflasi lebih tinggi, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan di parasĀ 4.7750/7805 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ketua Ahli EkonomĀ Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit bagaimanapun dijangka menyaksikan urus niaga lebih rendah pada hari ini ketika data-data menunjukkan AS kekal berdaya tahan, termasuk Indeks Sentimen Pengguna (ISP) oleh Universiti Michigan yang menokok 79.6 mata pada Februari daripada 79.0 mata pada bulan sebelumnya.

Dalam pada itu, bank pusat China pula tidakĀ menurunkan kemudahan pinjaman penggal pertengahan yang mencecah 2.50 peratus pada masa ini.

Kadar utama itu telah diturunkan pada Ogos tahun lepas.

Mohd Afzanizam berkata keputusan itu memaparkan pendirian bank pusat People’s Bank of China yang tidak dapat memutuskan langkah rangsangan tambahan bagi merancakkan lagi aspek monetari walaupun ekonominya mengalami tekanan deflasi.

ā€œAtas alasan itu, ringgit-dolar dijangka bergerak dalam julat RM4.76 hingga RM4.77 hari ini,ā€ katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama termasuk susut berbanding yen Jepun kepadaĀ 3.1846/1885 daripada 3.1780/1818 pada akhir Jumaat lepas.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 6.0265/0335 daripada 6.0117/0186 serta susut berbanding euro kepada 5.1508/1567 daripada 5.1419/1478 sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit juga diniagakan lebih rendah.

Ia susut sedikit berbanding baht Thailand kepadaĀ 13.2831/3054 berbanding 13.2559/2763 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding dolar Singapura kepadaĀ 3.5507/5551 daripada 3.5479/5522.

Ringgit turun berbanding peso Filipina pada 8.54/8.56 daripada 8.53/8.55 dan susut berbanding rupiah Indonesia pada 305.6/306.0 daripada 305.7/306.0, sebelumnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan