Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pengurusan Sime Darby Plantation Berhad diketuai Datuk Mohamad Helmy Othman Basha dan anggota kabinet Sarawak semasa kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini.

Anak tempatan pegang jawatan eksekutif dalam Sime Darby Plantation di Sarawak

ByMadeline Dugat

KUCHING, 19 Feb: Kira-kira 52 peratus jawatan bertaraf eksekutif dalam Sime Darby Plantation Berhad di negeri ini dipegang warga Sarawak, kata Pengarah Urusan Sime Darby Plantation, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha.

Menurutnya, untuk jawatan bukan eksekutif  juga diberi kepercayaan kepada 99 peratus warga Sarawak yang antara lainnya merangkumi pekerja ladang kelapa sawit.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menerima kunjungan hormat daripada Datuk Mohamad Helmy Othman Basha. Foto TVS.

“Ketua jurutera untuk Sarawak adalah dari Sarawak. Ketua pembangunan dan penyelidikan (R & D) untuk perkhidmatan agronomi, tapi berpejabat di Kuala Lumpur, adalah orang Sarawak.

“Jawatan-jawatan kanan, kalau pengurus memang kebanyakannya orang Sarawak,” katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya, di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Sime Darby Plantation beroperasi di Sarawak sejak 1990-an dengan keluasan ladang kelapa sawit kira-kira 40,000 hektar selain loji penapisan minyak sawit di Pelabuhan Bintulu.

Mengenai kunjungan hormat, Helmy berkata ia bertujuan mengeratkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak selain usaha pencarian bakat baru dalam bidang kejuteraan, penyelidikan dan pembangunan dan pengurusan operasi perladangan.

“Saya beritahu Premier, satu waktu dahulu kita minta mereka (warga negeri ini) datang ke Sarawak untuk sama membangunkan Sarawak. Itu dari aspek pengurusan kanan, tetapi dari bawah juga kita jalankan program protege dan ramai juga dari Sarawak.

“Program protoge ini adalah untuk selama 12 bulan, enam bulan pertama mereka akan ada di sini (Sarawak) dan kita akan bawa mereka ke Semenanjung. Jadi mereka akan belajar cara kita macam mana,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan