KUCHING, 18 Feb: Seorang wanita yang videonya tular di media sosial selepas bertengkar dengan teman lelakinya di Kondominium Dlatour Jalan Taylor, Bandar Sunway, baru-baru ini enggan meneruskan kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, mangsa juga tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap kekasihnya.
“Mangsa berusia 19 tahun menyatakan tidak mahu meneruskan kes dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih bukan warganegara.
Video yang tular itu menyaksikan lelaki berkenaan bertengkar dengan wanita tersebut, sebelum menarik rambut lalu mengheret mangsa ke dalam kolam. -TVS