Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat Ukraine membawa mayat penduduk tempatan yang terbunuh dalam serangan roket Rusia di Kramatorsk, wilayah Donetsk, pada 17 Februari 2024. Foto, AFP.

Tiga maut serangan peluru berpandu Rusia di Ukraine

ByBernama

Gabenor tentera wilayah Donetsk, Vadym Filashkin berkata dua mayat ditemukan di bawah runtuhan sebuah bangunan kediaman di bandar Kramatorsk yang terkena serangan peluru berpandu.

130 000 tentera Rusia bersedia serang Ukraine Rabu ini – Perisikan AS dan Britain

Selain itu, ketua pentadbiran tentera di wilayah Kharkiv, Oleh Syniehubov melaporkan seorang terbunuh dan lima lagi cedera dalam serangan ke atas bangunan kediaman dua tingkat di bandar Kupiansk.

Menurut Tentera Udara Ukraine, Rusia menyerang negara jirannya semalaman dengan enam peluru berpandu anti-pesawat S-300 dan tiga peluru berpandu jelajah Ch-22 serta peluru berpandu udara-ke-permukaan Ch-59.

Selain itu katanya, tentera Rusia melancarkan 14 dron tempur Shahed, dengan 12 daripadanya berjaya dimusnahkan sebelum sampai ke sasaran. -TVS

Tags: rusia, ukraine

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan