Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 26 penghuni Rumah Panjang Rebah di Nanga Tutus hilang tempat berteduh apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi.Foto, BBP Sungai Merah.

Rumah Panjang Rebah terbakar, 26 penghuni hilang tempat tinggal

SIBU, 18 Feb: Seramai 26 penghuni Rumah Panjang Rebah di Nanga Tutus di sini hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Sarawak, Penguasa Kanan Bomba Andy Alie berkata,  sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.56 pagi.

Kata beliau, rumah panjang berkenaan terletak kira-kira 38 kilometer (km) dari Sibu.

“Setibanya di situ, anggota bomba mendapati rumah panjang itu yang mempunyai tujuh pintu bilik berstruktur tidak kekal terbakar 90 peratus.

“Kesemua penghuninya berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Andy, kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh tiga minit dan api dipercayai bermula di bahagian dapur bilik nombor dua.

Beliau memberitahu, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam proses siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan