Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin Kerajaan Sarawak hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran PDP di sini hari ini. Foto, Pejabat Premier Sarawak.

Penghadang ombak akan dibina sepanjang Sungai Kemena – Abang Johari

ByMuqri Aziz

BINTULU, 18 Feb: Kerajaan Sarawak akan membina penghadang ombak (wave breaker) di sepanjang Sungai Kemena bagi mengatasi masalah tanah kelodak yang dihadapi oleh para nelayan di kawasan itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek berkenaan kini berada fasa perancangan serta penyediaan peruntukan.

Sarawak bakal bina ART di Bintulu

“Tidak dinafikan keadaan Sungai Kemena yang kotor namun kita sedang melakukan perancangan serta kajian yang sewajarnya.

“Jika bina wave breaker, kita terpaksa mengorek di muara Sungai Kemena dan Kerajaan Sarawak akan mencari peruntukan namun kalau King Sing (Datuk Seri Tiong King Sing) dapat peruntukan daripada kerajaan pusat, itu lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Selain King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, majlis turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Sebelum ini King Sing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong pernah menyuarakan masalah berkenaan dan berharap Kerajaan Sarawak dapat mengatasinya.

Menurut King Sing, kapal-kapal nelayan sukar merentasi muara sungai berikutan beberapa bahagian cetek selain tanah berkelodak.

Sementara itu Abang Johari turut memaklumkan, benteng pemecah ombak berkenaan akan disambungkan hingga ke Pelabuhan Bintulu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan