Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini. Foto, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Pembinaan ART di Bintulu satu pelaburan besar – Abang Johari

ByMuqri Aziz

BINTULU, 18 Feb: Rancangan pembinaan sistem Transit Aliran Automasi (ART) di sini merupakan satu bentuk pelaburan besar oleh Kerajaan Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, perancangan itu juga bertujuan untuk menyokong pertumbuhan pesat Bintulu yang turut menempatkan beberapa sektor ekonomi penting kepada Sarawak.

Rumah harga mampu milik bakal dibina di Bintulu – Premier Sarawak

Kata beliau, berikutan populasi penduduk di Bintulu semakin bertambah, menjadi keperluan untuk bandar ini memiliki model pengangkutan awam yang baik.

“Selepas Kuching (dibina ART), kita membuat kajian (untuk) menubuhkan satu public transport yang baik, ini pelaburan yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Sarawak bakal bina ART di Bintulu

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Sebelum ini Abang Johari berkata, projek ART bakal dimulakan di Bintulu pada 2025 dengan Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata sistem pengangkutan awam itu juga dapat disambungkan ke Samalaju.

“Bukan itu sahaja, laluan itu juga akan disambungkan untuk menyeberangi sungai sebaik sahaja Jambatan Kemena-Jepak siap pada 2025,” katanya.

Sebelum ini dianggarkan sekitar 3,000 pekerja berulang-alik ke Tanjong Kidurong dan dijangka akan berlaku pertambahan kira-kira 6,000 orang setelah pembinaan loji methanol dan hidrogen siap kelak. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan