Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daeloniel Mcdelon Bong selepas pertarungan menentang pencabar tuan rumah, Resatul Mahmud Saji pada Kejohanan (Path To Glory) Feather Weight di Bangladesh, semalam. Foto, Daeloniel Mcdelon Bong.

Kilat Boy kecewa terhadap keputusan juri di Bangladesh

ByLuqman Muhammad

DHAKA, 18 Feb: Petinju sensasi Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan juri pada Pertandingan Tinju Profesional Path To Glory di Dhaka, Bangladesh semalam.

Ini susulan atlet yang dikenali sebagai Kilat Boy itu seri selepas tamat enam pertarungan menentang petinju tuan rumah, Resatul Mahmud Sajin.

Kilat boy ikrar bawa pulang kejuaraan Asia ke Sarawak

Namun ujar juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, dia terpaksa akur dengan keputusan berkenaan dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Saya rasa sedikit tidak berpuas hati dengan keputusan seri, ini kerana pada pusingan pertama sehingga kelima, saya yang mendominasi perlawanan.

“Sekiranya anda menyaksikan siaran langusng itu, anda juga boleh nilai,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Pada aksi di Kemal Ataturk Park itu, Daelonial terpaksa akur apabila barisan juri sebulat suara mengumumkan kedua – dua petinju seri selepas tamat pertarungan.

Sementara itu, keputusan berkenaan tidak menjejaskan peluang Daelonial untuk beraksi pada Kejohanan Tinju Dunia Asia April ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan