Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga Indonesia sekitar Lembah Klang melakukan proses undi awal sempena Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 di Pusat Pengundian Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 11 Feb lepas. Foto,Bernama.

Kementerian Kesihatan Indonesia dedah kematian 57 pegawai pilihan raya

ByBernama

JAKARTA, 18 Feb: Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan kematian 57 pegawai pilihan raya setakat Sabtu kerana masalah kesihatan ataupun kemalangan, dengan jumlah kematian tertinggi di Jawa Barat dengan 13 pegawai diikuti Jawa Timur (12), Jawa Tengah (11) dan Jakarta (enam).

Pegawai-pegawai ini memegang pelbagai peranan termasuk 29 ahli Jawatankuasa Pengawas Pilihan Raya, 10 sukarelawan perlindungan masyarakat, sembilan saksi, enam pegawai, dua ahli jawatankuasa pusat mengundi dan seorang anggota Badan Pengawas Pilihan Raya.

113 juta pengundi muda Indonesia dominasi PEMILU 2024

Menurut jurucakap kementerian, Siti Nadia Tarmizi, penyebab utama kematian adalah penyakit jantung yang melibatkan 13 kes, kemalangan (lapan kes) manakala sindrom gangguan pernafasan akut dan hipertensi, masing-masing lima kes.

“Kira-kira 15 peratus pegawai pilihan raya berusia lebih 55 tahun kerana ketersediaan sukarelawan yang terhad. Ada yang mempunyai komorbiditi yang tidak terkawal,” katanya, lapor Agensi Berita Antara.

Dalam kalangan pegawai yang meninggal dunia, terdapat empat berumur 17-20 tahun, tujuh berumur 21-30 tahun, lapan berumur 31-40 tahun, 18 berumur 41-50 tahun, 15 berumur 51-60 tahun dan lima berumur lebih dari 60 tahun.

Dalam pilihan raya umum 2024, lebih 800,000 pusat mengundi dibuka di seluruh negara dengan 5.74 juta pegawai ditugaskan, sama ada di dalam negeri atau di luar negara, berbanding dengan 5.66 juta pegawai pada tahun 2019.

Dalam pilihan raya presiden yang diadakan pada 14 Feb, data dari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Umum, pemilu2024.kpu.go.id, pada 6.30 petang Sabtu menunjukkan pasangan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka mendahului dengan 57.95 peratus undi.

Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD, masing-masing dengan 24.48 peratus dan 17.57 peratus undi, merangkumi 66.61 peratus daripada undiyang telah dikira. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan