Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang jurutera berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas menjadi mangsa sindiket menawarkan kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud. Foto hiasan, Envanto.

Jurutera di Sibu lesap hampir RM30,000 terpedaya tawaran kerja sambilan oleh Kathy

SIBU, 18 Feb: Seorang jurutera berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas menjadi mangsa sindiket menawarkan kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, Assisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Katanya, mangsa tertarik selepas melihat iklan menawarkan kerja sambilan di TikTok yang menawarkan kerja sambilan sebelum menghubungi nombor yang tertera.

“Mangsa diarahkan oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai Kathy untuk melakukan satu tugasan dan perlu menyelesaikannya dalam tempoh 30 minit.

“Dia juga telah dimasukkan ke dalam kumpulan sembang di Telegram untuk menyelesaikan tugasan dan diumpan dengan bayaran komisen sebanyak 15 hingga 20 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu membuat pembayaran modal sebanyak RM29, 314.40 ke tiga akaun berbeza.

“Setelah pembayaran dibuat, mangsa menghubungi suspek untuk mendapatkan pembayaran semula modal dan komisen yang dijanjikan namun suspek memberikan pelbagai alasan,” tambahnya.

Menurut Zulkipli, mangsa akhirnya menyedari ditipu dan tampil membuat laporan polis hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan