JAKARTA, 18 Feb: Pihak berkuasa Indonesia memindahkan lebih 21,000 penduduk yang terjejas akibat banjir di Wilayah Demak, Jawa Tengah.
Kejadian bencana alam sejak seminggu lepas bertambah buruk ekoran tebing di beberapa sungai kawasan itu dilaporkan pecah.
@tvsarawak Banjir: Lebih 21,000 penduduk dipindahkan, lebuh raya tenggelam. 📹 BNPB 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews TVSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTikTok
Kesemua mangsa kini berlindung di 59 buah pusat pemindahan sementara.
Ketua Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Suharyanto berkata, ketika ini pihaknya meneruskan kerja-kerja membaiki benteng yang rosak di sepanjang sungai.
“Kami bertungkus-lumus membaiki benteng, peralatan berat turut digunakan dan keselamatan penduduk terus menjadi keutamaan,” katanya selepas melawat pusat pemindahan hari ini.
Sementara itu, benteng pecah turut menyebabkan Lebuhraya Demak-Kudus tidak dapat dilalui selepas ditenggelami air sedalam tiga meter.
Pihak berkuasa turut mengesahkan kawasan pertanian seluas 2,965 hektar ditenggelami air. -TVS