Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang Ming Tee berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun ke-65 SUPP di Sibu malam tadi. Foto TVS

65 tahun terbentuk, SUPP teguh di bawah kepimpinan yang tepat – Michael Tiang

ByFebbright James

SIBU, 18 Feb: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang Ming Tee menyifatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) masih kekal teguh meskipun telah mencapai usia 65 tahun parti ini terbentuk.

Jelasnya, meskipun banyak rintangan dan cabaran sama ada dari dalam dan luar, namun parti ini masih relevan dan dipercayai rakyat kerana kepimpinannya yang tepat.

“Pada satu ketika dahulu dalam sejarah SUPP, kita kehilangan kedudukan kerana konflik dalaman parti. Perjuangan parti ini sepatutnya untuk rakyat Sarawak tetapi disebabkan ahlinya menentang satu sama lain untuk kepentingan agenda sendiri menyebabkam rakyat hilang keyakinan.

“Pergaduhan itu telah menyebabkam kita kalah dalam pilihan raya pada waktu itu dan Sibu kehilangan dan pembangunan, rentak, momentum dan peluang pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun ke-65 SUPP di sini, malam tadi.

Walau bagaimanapun jelasnya, masih terdapat ahli yang mempunyai semangat untuk mempertahanlan SUPP termasuk Presiden sekarang Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menjadikan parti ini masih teguh.

“Beliau selalu mengingatkan kita bahawa perjuangan dan apa yang kita lakukan adalah untuk Sarawak dan bukan kepentingan sendiri. Di bawah kepimpinannya, semua ahli kembali bersatu dan rakyat rakyat telah yakin semula.

“Inilah bagaimana saya dan Joseph Chieng memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek dan Pelawan pada pilihan raya yang lepas,” katanya.

Ujarnya, kejayaan ini tidak hanya disebabkan ketua dan ahli parti tetapi juga kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang disifatkan sebagai seorang jurutera, arkitek dan pemimpin yang berwawasan dalam menyatukan parti.

Jelasnya, Premier Sarawak itu telah bekerja keras sejak menyandang jawatan itu pada tahun 2017 yang menyaksikan kejayaan demi kejayaan dicapai Sarawak sehingga kini.

“Sibu memerlukan bimbingan dan kepimpinan beliau (Premier) agar dapat bergerak seiring dengan agenda pembangunan yang diilhamkannya,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada warga Sibu yang telah memberikan sokongan dan bekerjasama membangun bandar ini.

Untuk rekod, cawangan SUPP pertama ditubuhkan di Sibu pada 21 Jun 1959 yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan