Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan sedikit penurunan dengan 413 orang daripada 107 keluarga berada di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Foto TVS

413 mangsa banjir berada di tiga PPS di Sarawak

KUCHING, 18 Feb: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan sedikit penurunan dengan 413 orang daripada 107 keluarga berada di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, setakat 8 pagi ini berbanding 418 orang petang semalam.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (167) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60).

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam ini diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan