Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab. Foto TVS

Tarik pelabur, penggiat industri ke Tanjung Manis – Yusuf

ByFebbright James

TANJUNG MANIS, 17 Feb: Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab menyifatkan Loji Bekalan Air Tanjung Manis yang telah beroperasi sejak tahun lepas berupaya menarik pelabur dan pemain industri untuk bertapak di kawasan tersebut.

Katanya, bekalan air yang disalurkan dari loji tersebut akan memudahkan lagi operasi kilang-kilang dan juga perlaksanaan projek di Tanjung Manis khususnya yang berkaitan dengan projek pembangunan Pusat Hab Halal di kawasan tersebut.

“Kilang-kilang yang akan dibina di kawasan ini pastinya memerlukan air dengan kapasiti yang banyak. Tahun lepas barulah loji ini siap yang sedikit sebanyak memberi kemudahan di kawasan ini. Apabila masalah air seperti ini dapat diatasi, kemungkinan akan ramai pelabur datang ke kawasan ini untuk membina atau memulakan industri mereka kerana kawasan ini sudah ada kemudahan seperti jalan, elektrik, air dan lapangan terbang.

“Ini semua kemudahan asas yang diperlukan industri untuk mendapatkan bahan mentah dan mengeksport hasil mereka. Loji Bekalan Air Tanjung Manis ini memainkan peranan yang besar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa dengan adanya sistem bekalan air dari loji ini akan memacu dan merancakkan lagi hasrat menjadikan Tanjung Manis sebagai pusat halal seperti yang telah lama dirancang sebelum ini.

“Kawasan Tanjung Manis telah dikenal pasti sebagai Halal Hub iaitu industri halal sepatutnya dilaksanakan di kawasan yang telah dirancang begitu lama tetapi disebabkan masalah utama seperti air mentah dan terawat belum sampai ke kawasan ini.

“Kita akan bersama-sama kerajaan pusat untuk mempromosikan pusat halal yang telah dikenal pasti di Parlimen Tanjung Manis ini,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar di masa akan datang loji ini menambah kapasiti bagi menampung pertambahan penduduk dan industri yang akan dibangunkan.

Tambah Yusuf, pembinaan loji ini juga turut mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di kawasan tersebut terutamanya pada musim kemarau dan musim perayaan.

Projek Loji Bekalan Air Tanjung Manis dibina dengan kos RM974.1 juta dan mula beroperasi sejak 2 Oktober 2023.

Ia telah dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan