TANJUNG MANIS, 17 Feb: Loji Bekalan Air Tanjung Manis akan menambah baik sistem bekalan air di Pulau Bruit selepas siapnya projek ‘Proposed Water Supply to Pulau Bruit, Mukah Division’ pada suku kedua tahun ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.
“Antara komponen projek ini ialah pembinaan tangki aras tinggi di Semop, Saai, Penibong dan Penipah, pembinaan stesen pam penggalak Serdeng dan Saai serta pemasangan paip baharu di kawasan Serdeng, Semop, Saai dan sehingga ke Penibong dan Penipah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pemimpin Bersama Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Bekalan Air Tanjung Manis di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Julaihi turut mendedahkan kerajaan memperuntukkan tempoh lima tahun untuk projek penggantian paip lama serta uzur sepanjang 2,742 kilometer di seluruh Sarawak. -TVS